Mlm yg panas, disertai angin kipas yang sepoi-sepoi tak reti bahasa. Mungkin esok hujan. Kerja banyak harus diselesaikan seiring dengan perut yang lapar minta diisi, alangkah bagusnya jika sekarang ada kamu di sebelah. Pasti lebih bersemangat meneruskan pekerjaan. Separuh nafasku tidurlah kamu dgn tenang. Hehe, ya hehe utk menyedapkan hati tapi bukan bermakna kelakar. Terasa benci dengan minda kabur ini, melakukan sesuatu tanpa kepastian,huh. Sgt menyiksa. Bkn menyalahkan takdir, tidak sama sekali, tapi menyalahkan diri sendiri yang tidak mahu bangkit membuat impak maksima.Menyiksa diri sendiri. Tetapi lebih siksa lagi hidup dalam penipuan. Penipu, kamu, dia, atau siapa sahaja yang membuat sesuatu tiada ikhlas, tiada hati, tiada jiwa. Itu menipu diri sendiri, menipu cikgu, pakcik,makcik, nenek dan sbgnya sebenarnya . Semut lalu di tepi pun tak dapat meredakan kemarahan hati. Panas telinga aku. Ye panas. kenapa? Hari ke hari corong ini dimasuki perkataan "bosan bertahun tahun buat benda sama kemudian ulang lagi 2tahun dengan perkara,tindaktanduk,tugas,hari-hari rutin yang sama, rugi, tak dapat apa". Barangkali kamu tak tahu apa itu ilmu. Ilmu bukan seperti buang air ye tp mcm minum air. Kalo xminum air mati tak? atau dengan kata lain, badan kau tak dapat air sehari mati tak? Dengar sini, hamster dluar sana, kura-kura, cicak semut atau apa saja, bumi tuhan ini, dipenuhi ilmu tuhan,segalanya dari tuhan. Kau tahu tuhan? bkn hanya tahu. Seluruh konsep harus kau paham. Ilmu itu, ilmu ini, apa saja di muka bumi ini, tak diciptakan tanpa tujuan. Kau hanya pandai mengata begini dan begitu, kan lebih elok kau katakan saja kau kabur dalam perjalanan hidup. Kan senang. Drpd kau hina perjalanan bidang aku. Anak seni. Kau bukan anak seni sebenar. Biar aku kutuk kau. Sebab kau mmg tak pernah bangga pun.Kau dengan kawan-kawan kau yang perasan bagus tu semua sama, tiada beza sama skali. Yang kau tahu rugi rugi rugi. Mane pergi ekspresi kau? Jiwa? kebolehan kau usah aku tanya= mane mungkinla kau boleh jadikan seni medium permesejan kau. Boong. Hish. Boong berdosa. Dahla kau kutuk teman seantero aku.Kau mcm bagus-bagus pulak. Kau ambil untuk dapat sijil je kan? Sbb tu kau tak tetap pendirian. Aku sokong kau. Sebab nak tgk kau berjaya. Sebab kau utarakan dah takboleh sgt bawa. Kau dah kutuk, kau caci maki profesion aku. Bunyinya general kau ckp akan tetapi aku tetap jiwa sentap.Cube kau ckp kat cikgu kau die bodoh mcm lembu, mesti lembu mengamuk kan.Mata aku akan tgk kau berlalu dari jalan ini. Kau nak kan? Walau apepon cara kan? Bukan kau orang pertama pon, dah ramai. Biarkan,biar biar. Baik kau bawa bersama hipokrasi kau yang dari dulu membawa kepada kejayaan kau yang berpanjangan tu tapi sebenarnya kau palsu, kau, dan kawan kau yang dah "belah" terlebih awal tu semua palsu, palsu, palsu, plastik, kaca, baldi air, gayung, mangkuk ayun, piring terbang. Bak kata teman seantero aku"split personality". Oh nasib baik kau bukan kelas aku. Tak bolehla kau terasa. Lagipun kau takkan terasa pon. Sbb kau muke botol, botol air yang ade packaging plastik ketat tu. Eh ape2 jelah. Tugas aku belum selesai, tugas kau lantak pi ah da selesai ke x.Aku harap kau hepi dan melompat2 sperti siamang dapat bunge taik ayam setelah kau kata jln aku ni takde ape, wlpn jalan yang pernah dan dah masak pon kau lalu dulu. Aku terima, dengan harapan aku buktikan nanti kat kau.Hati yang panas tetap takkan reda. tapi kerja yang banyak harus diredakan.. Sekarang aku harus pergi. Tanggungjawab menanti. Permisi. Harap kau bahagia wahai kotak koyak.
Only GOD knew why~